• info@sabahtalk.com
  • Borneo,
    Kota Kinabalu, Sabah, MY

Bahasa

Hak Sabah dan Sarawak: Apa Kata Tun Dr Mahathir

 

1. Terlihat sangat bagaimana Tun Dr Mahathir menangkis dakwaan bahawa Hak Sabah dan Sarawak terhakis bukannya dizaman beliau atau Perdana Menteri Malaysia yang lain, melainkan semasa zaman Tun Razak Hussien dan Dato Seri Najib Razak.

 

2. Menerusi satu perjumpaan di Kuching pada Ahad, sempena lawatan Mantan Perdana itu ke Sarawak sebagai pemimpin pembangkang, beliau memberitahu hadirin, bahawa hak Sabah dan Sarawak berkaitan minyak dan jarak lebar kawasan laut, dilaksanakan oleh bapa dan anak tersebut.

 

3. Akta Petrolium negara Tahun 1974 yang membolehkan penubuhan syarikat minyak negara Petronas, yang mana menerusi akta itu, negeri-negeri pengeluar minyak dibayar 5% secara tunai daripada pengeluran kasar.

 

4. Manakala Akta Wilayah Laut dirangka pada Tahun 2012, di mana akta itu menstipulasi, bahawa hak negeri hanya terhad 3 batu nautika daripada pantai, manakala Persekutuan 12 batu nautika.

 

5. Apa yang tidak diberitahu oleh Mantan Perdana itu, bahawa selama 22 tahun pemerintahan, beliau mempergunakan akta Petrolium Tahun 1974 secara terus menerus menafikan hak-hak Sabah dan Sarawak, termasuk tidak membenarkan dua buah negeri itu menubuhkan syarikat minyak sendiri.

 

6. Demikian juga, mantan Perdana Menteri itu, tidak memberitahu bahawa Sabah dan Sarawak dapat menubuhkan syarikat minyak sendiri dizaman DS Najib Razak.

 

7. Tun Dr Mahathir juga tidak memberitahu rakyat Sabah dan Sarawak, selama 22 tahun pemerintahan beliau, telah mengabaikan pembangunan dan kemajuan dua buah negeri itu daripada hasil minyak, melainkan menumpukan pembangunan di Semenanjung mempergunakan hasil minyak membina Menara Berkembar Petronas, Membina Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), membina Pusat Pentadbiran Baru Persekutuan (Putrajaya), membina litar Sepang, mengarahkan Petronas memberi subsidi besar-besaran kepada TNB, selain bail-out syarikat-syarikat kroni termasuk syarikat anak beliau sendiri.

 

8. Selama 22 tahun, pemerintahan mantan Perdana Menteri itu (1981-2003), tidak memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak memegang jawatan penting dalam kabinet Persekutuan, melainkan hanya dilantik ke jawatan-jawatan berkaitan koperasi, tanah, buruh dan wilayah persekutuan.

 

9. Sama halnya juga berkaitan pembangunan, khususnya pembangunan infrastruktur termasuk kemudahan asas, seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan jalan-jalan perhubungan, dinafikan selama 22 tahun oleh mantan Perdana Menteri itu.

 

10. Pengerusi parti PPBM itu, tidak memberi tahu rakyat, bahawa Lebuh Raya Pan Borneo yang diumumkan oleh Perdana Menteri Pertama Negara- Tunku Abdul Rahman Al-Haj yang menjadi kenyataan semasa pemerintahan DS Najib Razak.

 

11. Ramainya pemimpin Sabah dan Sarawak menganggotai kabinet Persekutuan termasuk memegang jawatan kanan, seperti Menteri Kerjaraya, Menteri Luar, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Menteri Perumahan, Menteri yang mengawal Ekonomi, Menteri yang menjaga tenaga, menteri yang menjaga sumber alam dan tanah berlaku dizaman pemerintahan DS Najib Razak.

 

12. Malah bagi Sabah, telah mengakui, bahawa sumbangan peruntukan kepada negeri itu , sumbangan dizaman DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri kalau dijumlahkan telah melangkaui sumbangan 5 Perdana Menteri terdahulu.

 

13. Rakyat Sabah dan Sarawak, perlu meneliti dan menilai kenyataan-kenyataan Tun Dr Mahathir, bagaimana mantan Perdana Menteri itu begitu hebat menyalahkan pihak lain, bagaiamana beliau meletakan kesalahan kepada pemimpin lain, bagaimana beliau mengambil peluang dan kesempatan pada situasi dan kondisi yang dicipta orang lain.

 

 

14. Menerusi kenyataan Tun Dr Mahathir di Kuching, Sarawak benar-benar menggambarkan bahawa mantan Perdana Menteri itu, adalah seorang pemimpin yang mahir mempergunakan pihak lain, mempergunakan rakyat untuk kepentingan politik beliau.

TIADA LAGI KEMUSNAHAN, PENGURUSAN HUTAN LESTARI ADALAH MATLAMAT KERAJAAN SABAH

 

SUDAH lumrah bagi para ahli pembangkang di Malaysia untuk mencari sekecil manapun yang mereka anggap kelemahan bagi memburukkan imej kerajaan meskipun mereka melihat manfaat di sebalik setiap tindakan pemimpin dan kerajaan. Sebolehnya mereka sedaya upaya akan menghebohkan sebahagian kecil fakta dan menyembunyikan fakta sebenar.

 

Seperti halnya Junz Wong (Warisan) yang dilihat seakan melakukan cubaan untuk membantah perniagaan kayu Yayasan Sabah, sedangkan semasa bersama DAP sebelum ini beliau bukanlah siapa-siapa. Banyak yang beliau lakukan sebelum ini jelas menggambarkan beliau bertindak tanpa berfikir. Buktinya beliau digantung daripada Dewan Undangan Negeri sebelum ini kerana berhubung kes rompakan palsu kononnya berlaku di Pusat Membeli Belah Suria Kota Kinabalu. Berkemungkinan, selepas melompat ke Parti Warisan beliau telah mempelajari kelicikan pemimpinnya demi manfaat parti walaupun dengan  apa cara sekalipun, meskipun dengan pembohongan.

 

Dalam kenyataannya mengenai pembalakan helikopter ke atas konsesi Yayasan Sabah, Junz Wong hanya mengemukakan tiga perkara iaitu pertama,  adakah Yayasan Sabah dieksploitasi? Kedua, mengapakah Yayasan Sabah hanya dibayar royalti RM65 permeter padu? Dan ketiga, membandingkan harga pasaran kayu balak tropika dalam kadar USD dengan harapan ini mewujudkan tanggapan kontraktor pembalakan mempunyai kontrak berat sebelah diberikan Yayasan Sabah dan memperolehi keuntungan besar.

 

Ini memang sudah menjadi sikap pembangkang, memberitahu perkara yang hanya mereka mahu pengundi tahu dan menyembunyikan kebenaran lain. Berharap, tindakan itu akan memastikan pengundi terus diperbodohkan supaya mereka dapat dimanipulasi seturut kehendak mereka.

 

Sekiranya diteliti apakah sebenarnya peranan helikopter pembalakan kepada Yayasan Sabah serta cabaran yang dihadapi kerajaan negeri dan penyelesaian yang ada sekarang berhubung hutan dan sumbernya, maka kita akan fahami penggunaan pembalakan udara adalah semata-mata untuk mematuhi objektif korporat mereka untuk mengurangkan kesan pembalakan (RIL) terhadap konsesi hutanya di samping memelihara hutan untuk diwarisi dan dinikmati generasi akan datang.

 

Sebenarnya penggunaan pembalakan helikopter memerlukan kos yang mahal (banyak rujukan dalam Internet). Menurut sumber dalaman, kadar sewaan terkini telah meningkat kepada USD10,000 sejaam berbanding USD8,500 pada 2003. Kos itu lebih 70 peratus daripada jumlah perbelanjaan operasi iaitu sekitar USD100 hingga USD120 permeter padu. Untuk lebih mudah, angka-angka ini boleh didapati dengan mudah (termasuk oleh Junz Wong sendiri) menerusi SSM dalam laporan audit tahunan yang dilaporkan oleh syarikat-syarikat terlibat dalam pembalakan helikopter di konsesi Yayasan Sabah.

 

Di samping kos sewa ke atas helikopter, terdapat juga kos lain dan yuran dikenakan dalam menjalankan perniagaan ini iaitu, kos operasi darat dianggarkan kira-kira RM100 hingga RM120 / meter padu, royalti untuk Yayasan Sabah (RM65/meter padu), bayaran levi kepada Jabatan Perhutanan Sabah (dikenakan hanya kepada pembalakan helikopter atau RIL) RM85/meter padu dan 25 peratus cukai pendapatan atas keuntungan diperolehi daripada operasi. Keseluruhan kos operasi itu dianggarkan kira-kira USD200 hingga USD240 / meter padu memberikan hanya 20 hingga 25 peratus keuntungan bersih, satu margin yang berpatutan bagi apa saja jenis perniagaan di dunia.

 

Oleh itu, sebelum mempertikaikan sama ada Yayasan Sabah dieksploitasi, seseorang itu perlu  memahami gambaran keseluruhan dan selok-belok operasi perniagaan. Adalah tidak bertanggungjawab untuk menunjukkan sebahagian kecil daripada gambaran sebenar dan mengutip nombor atau meletakkan angka mengelirukan.

 

Untuk menjawab persoalan sama ada Yayasan Sabah menerima royalti rendah, jawapannya adalah ‘Tidak’ jika usaha pemuliharaan alam sekitar diambil kira, bagaimanapun, jawabannya mungkin ‘Ya’ sekiranya mengabaikan perkara lain.

 

Berbeza dengan pembangkang, kerajaan Sabah sekarang ini amat mengutamakan pemuliharaan alam sekitar. Itu juga sebabnya tidak ada konsesi kayu komersil diberikan sejak Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Musa Aman memegang tampuk kepimpinan.

 

Di bawah Ketua Menteri sekarang, kerajaan Sabah telah menyimpan hampir satu juta hektar hutan menjadi kawasan dilindungi (Total Protection Area), sebuah kawasan yang 12 kali lebih besar daripada keluasan Singapura. Selain itu, Sabah merupakan negeri pertama dan satu-satunya di Malaysia yang memiliki dasar serta program pemuliharaan aktif terhadap sumber hutan dan kayu dengan NGO asing.

 

Pada masa kini terdapat sembilan kawasan berkeluasan hampir 1,000,000 hektar di Sabah telah mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak. Terdapat juga lebih banyak hutan di negeri ini yang diaudit untuk pensijilan alam sekitar, dimana hutan Sabah juga dianggap sebagai satu daripada hutan tropika paling dilindungi di dunia.

 

Tentunya kesemua ini adalah fakta, namun pembangkang tetap diragui sama ada mengambil peduli terhadap langkah yang diambil kerajaan terhadap hutan di negeri kita, atau berusaha mengetahui fakta sebelum mengkritik kerajaan negeri dan Yayasan Sabah.

 

Tan Sri Musa Aman mempunyai sebab untuk melakukan semua ini. Penglibatan badan pensijilan asing adalah untuk mengawal sumber hutan kita dengan tidak berat sebelah, tepat serta  berwibawa. Ini adalah  langkah terbaik demi hutan kita dan menghalang sesiapa, pada masa kini atau masa akan datang daripada menyalahgunakan hutan kita dan merosakkan tanah kita.

 

Sekiranya masih terdapat keraguan berkaitan kesahihan dan ketepatan fakta-fakta disebutkan, boleh menyemak menerusi laman web di bawah.

http://www.forest.sabah.gov. my/…/470-sabah-receives-more- fo…

http://www.thestar.com.my/…/ sabah-leads-the-way-with-two- m…/

https://ga2017.fsc.org/ timetable/event/tropical- forest/

 

 

Mungkin juga niat sebenar Junz Wong mempersoalkan perkara ini adalah kerana beranggapan, langkah diambil kerajaan menyukarkan Warisan sekiranya mereka membentuk kerajaan negeri, itu pun kalau dapat lah....