• info@sabahtalk.com
  • Borneo,
    Kota Kinabalu, Sabah, MY

Bahasa

Isu RM7.5bilion Dana KKLW: SPRM Hampir Pasti Dapat Mendedahkan Siapa “One man Show”

1.  SPRM menganggarkan tidak kurang daripada RM1.5bilion dana KKLW yang berjumlah RM7.5bilion untuk luar bandar Sabah daripada Tahun 2009 sehingga Tahun 2015 telah diselewengkan.

 

2.  Dana sebesar itu merupakan 20% daripada dana keseluruhan. makna kata setiap RM100,000 projek, RM20,000 diseleweng.

 

3.  Mengapa 20% daripada dana diselewengkan? kerana itu merupakan modus operandi pelaksanaan, yang mana syarikat yang mendapat projek itu akan sub-con dengan syarikat lain, dan syarikat lain itu akan membayar kickback sebesar 20%. Jika demikian modus operandinya, maka SPRM tidak akan mendapati sebarang kesalahan, kerana cara itu merupakan persetujuan bersama antara main-con dengan sub-con.

 

4.  Namun, berasaskan kepada data lapangan, walaupun projek-projek bernilai RM7.5bilion telah habis dibelanjakan, akan tetapi projek yang dimaksudkan tidak kenampakan, atau tidak menyelesaikan, masalah rakyat yang perlu diselesaikan.

 

5.  Dalam keadaan inilah, SPRM dapat membuktikan adanya salah guna dana. 

 

6.  Isu dana RM7.5bilion KKLW, yang mana wang itu dibayar kepada syarikat-syarikat untuk melaksanakan projek-projek luar bandar seperti BALB, BELB, JRLB, malah bantuan Makanan Tambahan untuk pelajar miskin, namun sebahagian besarnya tidak dilaksanakan. Isu ini lah yang akan dibuktikan oleh SPRM.

 

7.  jika benar RM1.5bilion merupakan komisyen kepada syarikat main-con, bermakna RM5bilion nilai yang diberikan kepada sub-con. Jika sub-con mendapat keuntungan 20%, ertinya kos untuk menyiapkan projek sebesar RM4bilion.

 

8.  Kalaulah RM4bilion itu, benar-benar dibelanjakan membina kemudahan asas rakyat, walaupun berkurang sebanyak RM3.5bilion, setidak-tidaknya dapat menyelesaikan 90% daripada masalah rakyat. Akan tetapi, masalah rakyat sebelum wang sebanyak itu habis dibelanjakan, adalah sama selepas itu. Berasaskan kepada keadaan inilah, pihak SPRM sejak dua tahun lalu, merasakan ada sesuatu yang tidak kena berkaitan dengan projek-projek dibawah kawalan KKLW di Sabah.

 

9.  Memang adat sesebuah syarikat kontraktor, melaksanakan projek-projek sekurang-kurangnya mendapat keuntungan 20%. Akan tetapi, apa yang berlaku kepada semua projek-projek di bawa kawalan KKLW, ianya dimonopoli oleh orang tertentu, di mana orang itu mengawal sebahagian besar syarikat itu, samada  main-con ataupun sub-con secara langsung atau secara proksi.

 

10.  Modus Operandi yang dilakukan orang tertentu itulah menyebabkan, projek-projek di bawah kawalan KKLW bermasalah, kerana berlakunya “one man show”.

 

11.  Pihak SPRM mempunyai tugas mendedahkan siapa orang tertentu yang bertindak sebagai “one man show” tersebut. Siapa  kah orang itu?

 

12.  Untuk sementara, SPRM hanya menangkap mereka yang terlibat sebagai pelaksana, seperti Pengarah Jabatan Air Sabah berserta timbalannya, kemudian dua orang kontraktor selain seorang yang pegawai kerajaan kementerian yang mempunyai tugas sebagai koordinator semua projek-projek KKLW.

 

 

13.  Nampak gayanya, SPRM sudah mendekati sasaran, untuk mendedahkan siapa pemain utama berkaitan dana KKLW sebanyak RM7.5bilion.

Isu Dana KKLW: Bukan RM3.3bilion Tetapi RM7.5bilion

 

1.  Siasatan awal SPRM, berkaitan dana untuk Sabah daripada Tahun 2009 hingga Tahun 2015, melibatkan RM7.5bilion bukannya RM3.3bilion sepertimana laporan sebelum ini.

 

2.  Daripada RM7.5bilion itu, sekurang-kurangnya RM1.5bilion telah diselewengkan.

 

3.  Dana KKLW untuk Sabah bertujuan untuk menyelesaikan kemudahan asas penduduk luar bandar, seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik luar bandar, jalan raya luar bandar, selain bantuan untuk penduduk miskin, seperti makanan tambahan untuk murid-murid sekolah rendah (RMT).

 

4.  Ekoran tindakan SPRM pada Oktober 2016 yang telah berjaya membongkar penyelewengan di Jabatan Air Sabah (JAS) apabila menjumpai wang tunai ratusan juta ringgit  yang disimpan mantan Pengarah jabatan itu berserta beberapa orang lagi, termasuk  dua mantan pengarah Jabatan itu.  Siasatan penyelewengan Jas sudah selesai, kerana mereka yang kena tuduh sudahpun dihadapkan ke mahkamah dan sedang menunggu untuk dibicarakan.

 

5.  Selepas setahun, pada Rabu, Datuk Peter Anthony telah  ditangkap SPRM  dan direman selama 5 hari bermula Jumaat hingga selasa depan. Beliau seorang kontrkator yang banyak terlibat dalam pelaksanaan projek-projek KKLW untuk tempoh masa itu.

 

6.  Masalah penyelewengan dana KKLW terbongkar, apabila terdapatnya rungutan rakyat berkaitan kemudahan asas luar bandar, sedangkan dana untuk itu, memang mencukupi bagi tujuan rungutan rakyat di seluruh Sabah.

 

7.  Di merata tempat di Sabah, di mana projek KKLW dikatakan telah dilaksanakan merungut, khususnya berkaitan Bekalan Air Bersih, malah ada penduduk yang mengadakan tunjuk perasaan, kerana berminggu-minggu tidak mendapat bekalan air. Ekoran daripada keadaan itu, maka kerajaan negeri menjadi pelik, mengapa keadaan demikian berlaku.

 

8.  Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa, selain kekurangan maklumat berkaitan projek-projek yang dilaksanakan KKLW, terutamanya, semasa Kementerian itu diterajui Datuk Shafie Apdal.

 

9.  Meskipun Shafie adalah pemimpin Sabah,  wakil rakyat daripada Sabah selain  Naib Presiden Umno daripada Sabah, namun selama beliau menjadi Menteri Persekutuan, tidak pernah berunding dengan kerajaan negeri, berkaitan pelaksanaan projek-projek di bawah kementerian beliau.

 

10.  Memang betul, bahawa pelaksana projek-projek KKLW adalah syarikat-syarikat tempatan dan agensi kerajaan negeri, namun, pihak kementerian berhubung secara langsung dengan jabatan-jabatan itu, tanpa melalui kerajaan negeri.

 

11.  Bagi agensi kerajaan negeri yang terlibat dengan projek kendalian kementerian yang dikawal Shafie, hanya berperanaan  sebagai penyelia projek. Atas kelompangan ini, dimanfaatkan oleh pegawai di agensi itu mencadangkan atau mengemukakan para kontraktor untuk tujuan pelaksanaan projek-projek.

 

12.  Kerajaan negeri, langsung tiada kawalan berkaitan para kontraktor atau syarikat-syarikat yang dilantik, kerana sepenuhnya ditentukan  di peringkat kementerian, malah jika berkaitan tender terhad, menteri yang bertanggungjawab memperakukan 10 syarikat untuk tujuan perlantikan.

 

13.  Kini, menerusi pembongkaran SPRM, sudah menjawab kemuskilan rakyat Sabah, mengapa kemudahan asas untuk rakyat tidak dapat diselesaikan.

 

14.  Sekurang-kurangnya rakyat maklum, bahawa bukan kerana kerajaan negeri tidak mahu menyelesaikan masalah rakyat, akan tetapi pihak-pihak yang diamanahkan untuk tujuan itu, tidak menjalankan tanggungjawab.

 

15.  Jika terbukti, bahawa RM1.5bilion daripada dana RM7.5bilion telah diselewengkan, maka ianya sudah cukup menjawab, mengapa loji-loji air yang dibina tidak berair, paip-paip yang dipasang tidak berair, tiang-tiang elektrik yang dipasang tidak berdawai.

 

16.  Dana sebesar RM1.5bilion bukan sedikit. Jika dana itu benar-benar digunakan, masalah bekalan air bersih luar bandar, seperti yang kerap berlaku di luar bandar tidak timbul.

 

17.  Mereka yang mendakwa bahawa kerajaan negeri di bawah kepimpinan Tan Sri Musa Aman, kononnya tidak menyelesaikan kemudahan asas penduduk luar bandar, setidak-tidaknya sudah terjawab.

JUALAN KERETA MENINGKAT TAHUN 2017, MALAYSIA AKAN JATUH MUFLIS, BENARKAH?

Tiada seorang pun dalam fikiran yang munasabah akan melabur untuk kereta baru sekiranya ekonomi negara dijangka teruk dan tanda bahawa akan berlakunya bankrap berlegar dalam fikiran mereka.

 

Baru-baru ini, jualan model baru kereta Honda telah melepasi had dan hal ini membuktikan niat tidak baik pembangkang terhadap ekonomi negara yang tidak kesampaian dan hanyalah ilusi semata-mata.

 

Dalam petanda bahawa Malaysia akan mengalami muflis dan harga petrol semakin mahal (meskipun petrol Malaysia merupakan negara ke-15 yang termurah daripada 180 negara), Honda Malaysia telah mengumumkan bahawa jualan  Honda CR-V yang baru dilancarkan telah mencapai 5,000 unit sasaran, yang telah melepasi dua kali ganda sasaran jualan bulanan sebanyak 700 unit.

 

Lebih mengejutkan lagi, jualan terbesar adalah model termahal dalam rangkaian Honda CRV mereka yang dijual pada harga RM167,700.

 

Di samping itu juga, Honda Malaysia mengumumkan bahawa bagi jualan model terbaru mereka iatu Jazz dan Honda yang mensasarkan jualan dalam tempoh 3 bulan telah dapat dicapai hanya dalam tempoh 2 bulan sahaja.

 

Model hybrid yang dilancarkan pada harga lebih rendah daripada beberapa tahun lalu adalah disebabkan oleh dasar Kerajaan yang telah mengurangkan cukai ke atas kereta jimat bahan bakar telah memanfaatkan sebanyak 61% daripada jualan mereka.

 

Akhirnya, Persatuan Automatif Malaysia (MAA) yang telah mengeluarkan maklumat pendaftaran kenderaan sehingga 30 Jun 2017, dengan jumlah kenderaan di jalan raya adalah sebanyak 28,181,203 unit.

 

Ia merupakan 0.88 kenderaan untuk setiap individu di negara ini.

 

Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 13,288,797 kereta dan 12,933,042 motorsikal yang didaftarkan, serta 185,035 kenderaan perkhidmatan awam (PSV) termasuklah bas, teksi dan kenderaan sewa persendirian. Pendaftaran kenderaan barangan komersil, sebaliknya, mencapai 1,205,744 unit.

 

Itulah merupakan 41,1 kereta untuk setiap 100 orang di Malaysia – yang bermaksud bahawa hampir 1 kereta bagi setiap 2 orang individu di Malaysia.

 

Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai jumlah pemilikan kenderaan yang tertinggi di dunia.

 

Itulah bagaimana dahsyatnya negara kita dan berapa ramai orang yang menderita.

 

 

Kita perlu membeli kereta meskipun kita tidak mampu untuk makan.