• info@sabahtalk.com
  • Borneo,
    Kota Kinabalu, Sabah, MY

Bahasa

Malaysia Dilanda Fitnah

 

1.  Rakyat negara ini yang terperangkap dengan perbuatan fitnah, meliputi semua peringkat, baik yang berpendidikan seperti peguam, doktor, jurutera atau profesional lain, apatah lagi mereka yang menganggap pemimpin politik.

 

2.  Selain itu, mereka yang terperangkap sebagai penabur fitnah tidak terhad kepada fahaman agama, apa kah mereka itu haji, ustaz, paderi, atau sewaktu dengannya.

 

3.  Para pengkaji ilmu sosial perlu mengkaji fenomina suka berbohong, memfitnah dikalangan rakyat negara ini, apa kah faktor penyebab kepada gejala itu.

 

4.  Perbuatan fitnah dan bohong, boleh menguggat sesebuah kerajaan, malah kerajaan parti Barisan Nasional telah mengalaminya, untuk dua PRU negara ini, iaitu PRU-12 dan 13. 

 

5.  Berdepan dengan PRU-14, nampaknya faktor fitnah dan bohong, dan kini, dilengkapi dengan berita palsu (fake news).

 

6.  DS Najib Razak dalam tweet beliau semalam, mengakui, jika bohong dan fitnah di media sosial berjaya dijawab atau ditangani, maka peluang Bn menang PRU-14 sangat cerah. Tweet Perdana Menteri itu membawa makna, jika fitnah dan bohong dalam media sosial gagal ditangani, maka Bn dalam ancaman.

 

7.  Faktor bohong dan fitnah yang berlegar dalam media sosial, disumbangkan oleh maklumat dalam internet walaupun maklumat itu sudah lapok dan memangpun fitnah, akan tetapi dibangkit semula, dilulas dan disegarkan.

 

8.  Penabur fitnah dan bohong, ibarat penggali sampah. Mereka ini suka sangat menggali yang busuk-busuk, kerana mereka suka sangat dengan yang busuk-busuk.  Apabila hati dan fikiran sudah busuk, maka minat adalah perkara yang busuk lagi membusukkan.

 

9.  Memang diakui, bahawa parti BN sedang berdepan dengan faktor bohong dan fitnah. Belumpun faktor dapat diatasi, kini ditambah pula dengan berita palsu.  Berita palsu ini, menggunakan logo-logo media perdana yang dipalsukan, kemudiannya membuat laporan palsu. Kemudiannya berita palsu dilonggokan dalam internet, sehinggakan pelayar internet akan keliru, berita mana yang betul dan yang tidak.

 

10.  Bagi membendung berita palsu ini, maka setiap pemimpin kerajaan atau UBN, perlu aktif dalam media sosial, sebagai cara rakyat mendapatkan berita betul, selain membendung cerita bohong dan fitnah.

 

 

11.  Para pemimpin kerajaan perlu mengutamakan isi berita untuk tatapan rakyat, bukannya penonjolan diri, seperti mana yang kita lihat sekarang.

MP Sandakan Berdolak Dalik

 

1.  MP Sandakan Stephen Wong bercakap tidak tentu mana pangkal mana hujung. Di satu pihak dakwa Bandar Sandakan, sudah jadi bandar Philipin, tapi dipihak lain kecam pemberhentian barter trade.

 

2.  Barter trade adalah trade mark antara rakyat filipina dan rakyat Sandakan, namun didapati kaedah ini merupakan sumber kemasukan PATI ke Sabah.

 

3.  Terlihat benar, MP Sandakan itu merapu, apabila mendakwa bahawa kemalangan sebuah kereta yang dipandu pelajar di Kota Marudu yang mengalami kemalangan, beliau katakan kerana terlanggar lubang, sedangkan siasatan, 500 meter sebelum dan selepas di mana kemalangan itu berlaku, tiada satu lubangpun di jalan tersebut.  Fakta sebenar kemalangan itu, kerana kereta Avanza itu dipandu laju, selain membawa muatan yang berlebihan.

 

4.  Berkaitan dakwaan kononnya banyak ruang pejabat dibiarkan kosong tanpa menyewa, menunjukkan ekonomi Sandakan merundum. Ruang pejabat bukan ruang untuk aktiviti ekonomi. Aktiviti ekonomi dijalankan menerusi premis perniagaan.

 

5.  Ketinggalan zaman betul MP Sandakan ini. Kini, para peniaga tidak lagi memerlukan ruang pejabat, akan tetapi ruang untuk premis perniagaan.  Mengapa MP itu tidak bercakap berkaitan ruang perniagaan?

 

6.  20 tahun lalu, sebelum adanya internet dan e-dagang- e- ekonomi, memang ruang pejabat diperlukan, namun kini, di mana-mana peniaga boleh menlaksanakan urus niaga, janji ada smartphone. Peniaga hanya perlu ruang penyimpanan barang dan premis jika barangan yang dijual merupakan barangan runcit, bukannya ruang pejabat.

 

7.  Para pemilik bangunan untuk ruang pejabat, perlu mengubah bangunan-bangunan mereka, jika mahu ada penyewa, misalnya mengubahnya kepada ruang-ruang penyimpanan barangan. Jika memerpertahankan bangunan itu untuk ruang pejabat, maka zaman ini, bukan zaman itu.

 

8.  Bercakap berkaitan bekalan elektrik dan bekalan air, memangpun sudah menjadi perhatian kerajaan sejak 10 tahun lalu. Penaja elektrik dan loji penapisan air di kawasan Sandakan sedang tangani oleh kerajaan untuk menyelesaikan keperluan rakyat Sandakan once for all.

 

9.  Berkaitan PATI, kerajaan negeri bersama kerajaan Persekutuan sebaik sahaja laporan RCI Pati Sabah diumumkan telah membuat keputusan MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHANTAR PULANG PATI, SEHINGGA SABAH SIFAR PATI. Kerajaan negeri dan Persekutuan mengambil pendekatan TIADA HARI TANPA OPERASI (THTO).  Untuk makluman MP Sandakan itu, sejak tahun 1990, lebih 550ribu PATI telah dihantar pulang ke negara asal mereka.

 

10.  Bagi menghalang kemasukkan PATI sehingga kini terus dikuatkuasakan PERINTAH BERKURUNG bagi kawasan ESSZONE yang meliputi kawasan lebih 1400km pantai bermula daripada Kudat sehingga ke Tawau. Selain itu, kerajaan Persekutuan penyediakan ratusan juta ringgit bagi operasi ESSCOM/ESSZONE.

 

11.  Pembangkang seperti Stephen Wong ini, hanya tahu bercakap, akan tetapi tidak MAHU tahu tindakan kerajaan.

 

 

12.  Tahu kah MP Sandakan itu, bahawa Sandakan akan menjadi HUB pendidikan, selain HUB pelancongan? Kepada MP Sandakan itu, cuba lihat di sekitar bandar itu, taman-taman perumahan tumbuh bagaikan cendawan. Kalau ekonomi rakyat tidak baik, mungkin kah pemaju perumahan membina rumah-rumah? tepuk dada tanya selera.

Satu lagi Sabahan dilantik Pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan

Datuk Dr. Amin Senin dari Keningau

 

 

PUTRAJAYA 17 Okt.- Datuk Dr. Amin Senin berasal dari Keningau, Sabah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baharu bermula Khamis ini. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, pelantikan Amin bagi menggantikan Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof yang bersara hari ini.

 

 

Menurut Ali, Amin sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) pernah menjawat beberapa jawatan antaranya Pengarah Institut Aminuddin Baki dan Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru (IPG).