• info@sabahtalk.com
  • Borneo,
    Kota Kinabalu, Sabah, MY

Bahasa

Komander Abu Sayyaf mati ditembak

 

Kudos ESSCOM!!!!!!!

 

LAHAD DATU: Lelaki yang ditembak mati oleh pasukan keselamatan di perairan laut Silam, Lahad Datu, awal pagi tadi, dipercayai ahli kumpulan Abu Sayyaf (ASG) berpangkat komander.

 

Abu Paliyak, 31, atau lebih dikenali sebagai Komander Paliyak @ Yusuf ditemui mati di atas bot dipandunya dengan beberapa kesan tembakan di tubuhnya.

 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, siasatan mendapati suspek terbabit dalam beberapa kes rompakan dan penculikan di kawasan perairan Kunak dan Lahad Datu sekitar 2014.

 

"Pemeriksaan ke atas badan suspek mendapati ada hampir sembilan parut lama dipercayai kesan tembakan dan terkena bahan letupan di paha kanan, perut dan lengan kanan.

 

"Jari tengah kiri suspek juga dikesan putus berikutan kecederaan lama," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu di sini, hari ini.

 

Yang turut hadir ialah Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Hazani Ghazali, dan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Yazib Abdul Aziz.

 

Ramli berkata, suspek dipercayai adalah tali barut kes culik untuk tebusan (KFR) didalangi kumpulan Remy yang aktif melakukan jenayah rentas sempadan di selatan Filipina dan pantai timur Sabah.

 

"Suspek dipercayai keluar ke laut bagi membuat pemerhatian pergerakan pasukan keselamatan dan menyalurkan maklumat itu kepada kumpulan KFR bagi melakukan jenayah rentas sempadan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

 

"Polis akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan saki-baki tali barut dan ahli kumpulan yang masih bebas," katanya.

 

Ramli berkata, ketika kejadian, pasukan keselamatan merangkumi pasukan khas ESSCOM dan Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu yang menjalankan rondaan di perairan Pulau Kantong Kalungan, di sini, mengesan bot dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

 

"Apabila dihampiri, pemandu bot tiba-tiba memecut dan melepaskan satu das tembakan, menyebabkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan balas.

 

"Selepas beberapa minit, polis menghampiri bot suspek dan seorang lelaki ditemui terbaring dalam bot berkenaan dengan kesan tembakan," katanya.

 

Katanya, pemeriksaan menemui selaras senapang patah yang diubah suai bersama sebutir kelongsong peluru dan sebutir peluru 12 bore.

 

Ramli berkata, kejadian suspek ditembak mati membawa kepada penyelesaian beberapa kes rompakan di laut dan penculikan dalam kawasan ESSZONE pada 2014 dan 2015.

 

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/12/358635/komander-abu-sayyaf-mati-ditembak

Bukan Lagi Rahsia Yusof Dan Nasir Sakaran Adalah Musuh Warisan, Shafie

 

1. Inilah apa yang admin perkatakan sebelum ini. Keluarga terdekat Presiden Warisan terus setia atau bertahan bersama BN. Kerana mereka tahu, perjuangan Presiden Warisan itu hanyalah retorik yang terdesak.

 

2. Walhal kita semua tahu sebelum ini adik kepada Presiden Warisan Yusof Apdal telah direman beberapa hari oleh SPRM. Tapi itu bukannya halangan untuk dia kekal bersama BN aka Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

 

3. Begitu juga dengan YB DUN Sinallang tidak berganjak dari perjuangan BN. Sedangkan kalau kita dengar hasil bedah siasat kemenangannya BN pada PRU yang lepas. Kemenangan Calon BN untuk DUN Sinallang itu banyak dikaitkan dengan pengaruh Shafie Apdal, selaku Naib Presiden UMNO Malaysia, merangkap Menteri KKLW. Maksudnya tanpa pengaruh peribadi Shafie Apdal di Semporna dikatakan Nasir Sakaran kalah pada pembangkang. Tapi hari ini beliau yakin sekalipun Shafie Apdal menjadi musuh politiknya, beliau tetap akan mendapat kebenaran besar pada PRU14. Nampak?

 

4. Adakah dengan demikian Yusof Apdal dan Nasir Sakaran tidak cerdik dalam memperjuangkan negeri dan masyarakat Sabah, memandangkan BN berasal dari Semenanjung?

 

5. Adakah Yusof Apdal dan Nasir Sakaran begitu alfa berbanding penyokong Warisan yang kita nampak terhegeh hegeh cuba menjatuhkan BN?

 

6. Pada pendapat pembaca, agaknya lah Presiden Warisan tu bengap sangat kah hingga tidak mampu menyakinkan keluarganya agar turut menyokong politik Warisan?

 

7. Pada masyarakat Sabah, mulai pada saat ini, buka mata dan hati. Jangan lagi kamu tolol politik yakni berjuang bersama Warisan. Kerana itu adalah kerja yang amat sia sia. Dimana Kononnya berjuang tapi sebenarnya barua kepada pemimpin yang licik.

 

8. Kelihatan didalam gambar adik Presiden Warisan yang juga YB Lahad Datu, Yusof Apdal dan sepupunya Yb DUN Sinallang, Nasir Sakaran sedang bermesra dengan Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman. Semasa hadir di Majlis Maulidur Rasul Peringkat negeri Sabah yang diadakan di daerah Tawau.

 

9. Sebelum ini ada satu artikel yang menceritakan perkara yang sama, klik link ini Cucu Tun Sakaran tidak mahu dikaitkan dengan Warisan

 

Jalin Luin

#BNforSabahan #tolakwarisan