• info@sabahtalk.com
  • Borneo,
    Kota Kinabalu, Sabah, MY

 

Saksikan usaha-usaha untuk melindungi hutan paya bakau di Sabah yang dipelopori oleh Kerajaan BN Sabah

 

Satu lagi usaha YAB Tan Sri Musa Aman Ketua Menteri Sabah memelihara dan melindungi Hutan Paya Bakau di Negeri Sabah. Sabah memiliki Hutan Paya Bakau terbesar di Malaysia iaitu kira-kira 338 ribu hektar.

 

Terdapat 586,036 hektar hutan bakau di Malaysia;

 

57 % di Sabah

26 % di Sarawak

17% di Semenanjung Malaysia.

Hutan bakau merupakan satu ekosistem yang unik terletak di sempadan antara laut dan darat. Hutan bakau mempunyai kepentingan dalam kehidupan manusia dan hidupan liar yang mendiami hutan bakau. Manusia bergantung kepada produk hutan bakau dan sumber perikanan.

 

Secara kesimpulannya Hutan Paya bakau penting untuk perlindungan kawasan pantai :

 

Ia melindungi pesisir daripada kuasa fizikal seperti ombak yang menghakis pinggir pantai dan angin pantai yang kencang.

 

Hutan bakau menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai penampan semula jadi terhadap ribut taufan.

 

Bakau menjadi tempat perlindungan beberapa spesies flora dan fauna yangmempunyai penyesuaian yang unik. Banyak spesies udang marin dan ikan mencari makanan, bertelur dan membesar di sini.

 

Kawasan bakau dan dataran lumpur yang berkaitan dengannya adalah tapak penting bagi burung-burung residen dan hijrah mencari makan dan bersarang .

Hutan bakau mampu mengurangkan kesan ombak tsunami di sepanjang pinggir pantai – Contoh Lahad Datu dan beberapa pantai di Negeri Pantai Timur/Utara

Oleh kerana hutan bakau mempunyai banyak kepentingan kepada manusia, bukan sahaja kepada penduduk setempat tetapi juga masyarakat lain, maka perlindungan ekosistem hutan bakau adalah sangat perlu.

http://sabahkini2.com/en/news/248/part-2-the-rainforest-heroes-of-sabah-wetlands/view