• info@sabahtalk.com
  • Borneo,
    Kota Kinabalu, Sabah, MY

 

 

Menjelang Tahun 2025, dijangka kawasan hutan simpan di negeri ini akan meliputi 30% daripada luas keseluruhannya. Untuk rekod, kawasan hutan simpan ini juga merupakan kawasan yang diharamkan daripada sebarang aktiviti pembalakan.

 

 

Tahukah anda berapa besar sebenarnya keluasan hutan negeri Sabah pada tahun 2002? Hanya 838 ribu hektar sahaja.

 

Atas kesungguhan yang tinggi, Tan Sri Musa Aman dan rakan-rakan anggota Kabinet Sabah kini telah berjaya meningkatkan jumlah keluasan hutan tersebut menjadi 1.8 juta hektar!

 

Pertambahan yang melebihi dua kali ganda!

 

Menjelang Tahun 2025, dijangka kawasan hutan simpan di negeri ini akan meliputi 30% daripada luas keseluruhannya. Untuk rekod, kawasan hutan simpan ini juga merupakan kawasan yang diharamkan daripada sebarang aktiviti pembalakan.

 

Dengan mengambil kira Hutan Simpan Kekal ini, lalu kemudian ditambahkan dengan kawasan   kawasan yang boleh dibalak, maka pada Tahun 2025 nanti kawasan Hutan di Sabah ini  meliputi separuh (50%) daripada kawasan daratan secara keseluruhannya.

 

Dakwaan yang menyatakan bahawa kononnya pada tahun 2020 nanti, 75% kawasan hutan Sabah bakal musnah, hanya satu tuduhan liar yang berunsur spekulasi dan provokasi.

 

Hakikatnya, kaedah konservasi hutan yang diamalkan oleh kerajaan negeri Sabah bukan sahaja diiktiraf di dalam negara, malah juga di peringkat antarabangsa!

 

Pelbagai jenis anugerah telah diraih, pelbagai sijil tanda apresiasi sudah dimiliki. Semua ini adalah hasil kegigihan kerajaan negeri pimpinan YAB Tan Sri DSP Musa Hj Aman (serta barisan anggota kabinetnya), yang tanpa jemu bekerja serta berusaha demi memastikan yang terbaik untuk rakyat Sabah khasnya, dan Malaysia amnya.

 

Kerajaan Negeri Sabah telah melaksanakan bermacam-macam usaha bagi memastikan alam sekitar terus terpelihara di negeri ini. Usaha-usaha yang dimaksudkan termasuklah pemeliharaan Hutan Simpan Maliau - Deramakot, Pemulihan Hidupan Liar - Badak, Beruang Madu, Orang Utan dan aktiviti membangunkan hutan paya (Wetland) di Sabah.

 

Jelas Usaha-usaha YAB Tan Sri DSP Musa Aman Ketua Menteri Sabah adalah HERO SEBENAR dalam melindungi dan memelihara khazanah alam kita yang kaya di bumi Sabah ini. 

 

 

 

http://sabahkini2.com/en/news/247/part-1-the-rainforest-heroes-of-sabah-maliau-deramakot/view